Litigasi perubahan iklim
Litigasi perubahan iklim

Litigasi perubahan iklim

Litigasi perubahan iklim atau litigasi iklim merupakan badan undang-undang alam sekitar yang menggunakan kerja-kerja guaman dan duluan kehakiman untuk mempertingkatkan usaha mitigasi perubahan iklim daripada institusi awam seperti kerajaan dan syarikat. Disebabkan oleh usaha mitigasi oleh ahli politik yang lambat, aktivis dan peguam telah memilih untuk menggunakan sistem kehakiman kebangsaan dan antarabangsa untuk mempercepatkan usaha tersebut. Ligitasi perubahan iklim lazimnya berkaitan dengan salah satu daripada lima jenis tuntutan kehakiman:[2] undang-undang perlembagaan, undang-undang pentadbiran, undang-undang khusus, penipuan atau hak pengguna dan hak asasi manusia.[3]Sejak awal 2000-an, perkembangan kehakiman telah memperkasakan kerangka kerja kehakiman untuk menangani perubahan iklim manakala bilangan kes kehakiman yang meningkat telah menyebabkan kewujudan sebuah badan kehakiman antarabangsa yang menghubungkan tindakan iklim dengan pertikaian kehakiman.[2] Kebanyakan kes dan pendekatan yang berjaya telah memfokuskan kepada memajukan keperluan keadilan iklim dan pergerakan iklim belia.[4]Kes litigasi perubahan iklim yang terkenal termasuklah Urgenda v. Belanda pada 2019 dan Juliana v. Amerika Syarikat pada 2015.[5][6][7] Syarikat arang batu, minyak dan gas akan bertanggungjawab dari segi undang-undang atau segi moral atas tindakan mereka yang telah mencabul hak asasi manusia yang berkaitan dengan perubahan iklim, walaupun kadang-kala pihak kerajaan turut bertanggungjawab kerana membenarkan pencabulan tersebut berlaku.[8][9] Litigasi biasanya dilakukan melalui pengumpulan usaha dan sumber secara kolektif melalui organisasi seperti Greenpeace, misalnya Greenpeace Poland yang mendakwa sebuah syarikat utiliti arang batu[10] dan Greenpeace Jerman yang mendakwa sebuah syarikat pembuat kereta.Kini, bilangan kes aktivis yang telah dimenang di mahkamah global sedang menunjukkan pola menaik.[11][12][13] Laporan Litigasi PBB 2017 telah mengenal pasti 884 kes di 24 negara. Setakat 1 Julai 2020, bilangan kes telah meningkat kepada sekurang-kurangnya 1,550 kes di 38 buah negara (39 sekiranya termasuk mahkamah Kesatuan Eropah).[14]

Rujukan

WikiPedia: Litigasi perubahan iklim //doi.org/10.1038%2Fd41586-018-07214-2 //doi.org/10.1038%2Fd41586-020-00175-5 //doi.org/10.1080%2F14693062.2020.1867047 //doi.org/10.1080%2F20414005.2021.2006030 http://www.greenpeace.org/seasia/ph/What-we-do/Dem... //www.worldcat.org/issn/1469-3062 https://www.climatechangenews.com/2018/11/29/green... https://www.cnn.com/2021/11/09/business/volkswagen... https://www.lexology.com/library/detail.aspx?g=03b... https://www.nature.com/articles/d41586-018-07214-2...